Wednesday, February 10, 2010

TEKNIK LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGI

1.0 PENGENALAN
Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa. atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi.

2.0 SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI

Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di aats tanah berumput.oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan.seterusnya, untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan. Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi caar ini banyak mencederakan para atlit. Selepas ini iaitu sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. Dalam tahun-tahun 1940-an gaya guling mula diminati. Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan ramai atlit sehingga pertengahan taun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. Pada sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan .

3.0 GAYA LOMPAT TINGGI

Tujuan seorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang boleh. Walaupun gaya lompatan tidak penting, tetapi perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop. Gaya Lompat Tinggi Pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya fosbury flop. Gaya gunting diajar sebagai latihan mendorong sebelum gaya Fosbury Flop diajar. Kebanyakan orang baru menggunakan gaya ini kerana ia selamat dan senang digunakan.

1.Gaya Gunting

Penujuan
1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.

2. Pelompat menggunakan 7-9 langkah.

3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.

4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Lonjakan
1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar.
2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

Layangan
1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.
3. Kaki lonjak dihayun ke atas.

Pendaratan
1. Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

2.Gaya Fosbury Flop
Penujuan
1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.
2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.
3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Lonjakan
1. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.
2. Kaki di hadapan badan.
3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.
5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.
6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

Layangan
1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.
2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.
3. Kedua-dua lutut dibengkokkan. 4. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas.

Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Latihan Ansur Maju
1.Aktiviti mendorong
a. Berjalan dengan lutut tinggi
b. Berlari dengan lutut tinggi
c. Berlari dalam bulatan
d. Berlari mengikut laluan angka lapan.
e. Melonjak
f. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

2.Latihan Lompatan
a. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’, kaki selari denagn palang.
c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki bersudut 45 darjah.
d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah palang.
e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.
f. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.
g. Ulang (f) dengan papan anjal.
h. Menentukan titik semak.
i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

Peraturan 182 Lompat TInggi

Pertandingan
1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki.
2. Seorang peserta itu gagal sekiranya:
a. Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau,
b. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun sewaktu melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan padanya, maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal.

Landas Lari dan Kawasan Lonjak

3. Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m. jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m.

4. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.

5. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat

6. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan.

7. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan.

8. Sangga Palang. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.

9. Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm.

Kawasan Mendarat

10. Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5mx 3m. bagi pertandingan-pertandingan yang mengikuti peraturan 1, disarankan kawasan mendarat tidak kecil dari 6mx4mx0.7m.

video

3 comments:

  1. Sila buat rujukan mengenai istilah dalam lompat tinggi kerana terdapat banyak kesilapan dalam video.contoh gaya lompat bukan hanya ada dua sahaja.Fasa lari landas,fasa lonjakan......

    ReplyDelete
  2. kalau ada gambar teknik - tenik cara melompat bagus juga. pembaca akan lebih memahami topik yang diperbincangkan dengan adanya contoh.

    ReplyDelete